Terlalu Cemburu Isteri Minat Hirthik Roshan, Lelaki Sanggup Tikam Isteri Sendiri

terlalu cemburu isteri minat hirthik roshan, lelaki sanggup tikam isteri sendiri

Dikatakan seorang lelaki terlalu cemburu akan isterinya yang meminati bintang Bollywood, Hrithik Rshan sehinggakan dia sanggup menikam mati isterinya.

Berdasarkan kenalan mangsa, wanita tersebut sememangnya menggemari Hrithik Roshan setiap kali dia menonton filem dan lagu dari actor tersebut. Hal itu telah mencetuskan rasa marah dan cemburu terhadap suaminya.

Kejadian tersebut telah berlaku pada hari Jumaat yang lalu dan dikatakan mangsa bersetuju untuk menonton filem bersama sebelum pergi ke kerja.

Menurut sumber polis, pada jam 7:30 petang (waktu tempatan), suami mangsa telah menghantar pesanan kepada adik mangsa dengan mengatakan dia telah membunuh wanita tersebut. Dia juga memberitahu bahawa kunci apartment berada di bawah pasu.

Selepas meninggalkan mayat isterinya yang ditikam, dia dikatakan telah menggantung diri di sebuah pokok berhampiran padang rumahnya.

Sumber: Siakap Keli