Tiada Angin, Tiada Orang Tapi Ada Buaian Yang Bergoyang

tiada angin, tiada orang tapi ada buaian yang bergoyang

Apa yang korang rasa sekiranya ternampak sebuah taman permainan yang tiada orang dan juga kedaan di situ tidak berangin, tapi tiba-tiba sahaja ada buaian yang bergoyang. Lebih mengerikan hanya satu buaian sahaja yang bergoyan dan yang lain tidak bergerak.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita apabila dia ternampak akan kejadian tersebut. Keberanian wanita itu amat tinggi kerana dia tidak memilih untuk melarikan diri malah sempat merakam video berudari 36 saat.

Ketika itu tiada orang di taman permainan, malah tiada langsung angin atau tanda-tanda mahu hujan,” demikian cerita seorang wanita, Anom Rosli mengenai video yang dikongsikannya di laman sosial Facebook, Ahad lalu.

Menurut laporan mStar, kejadian tersebut dirakam berhampiran sebuah pasar raya berdekatan Melaka Sentral.

Berdasarkan cerita yang dikongsinya dengan mStar, dia bersama tiga orang anaknya berada di dalam kereta sementara menanti suaminya membeli barang.

Kejadian mistik itu berlaku sekitar pukul 12 tengah hari. Ketika dia sedang Whatsapp seroang rakan, tiba-tiba matanya menangkap satu buaian di taman permainan bertentangan dengannya berhayun secara tiba-tiba.

“Begitu jelas kerana ia dalam jarak 50 meter atau 60 meter sahaja. Saya terus rakam video dalam aplikasi Whatsapp dan hantar kepada rakan saya,” katanya.

Dia juga menyatakan ketika itu cuaca berada dalam keadaan baik. Selepas anaknya membunyikan hon, barulah buaian itu berhenti daripada berhayun.

 

 

Sumber: mStar