BLACKPINK Buka Mulut Mengenai Dorm Mereka Berhantu

Tak semua orang pernah melalui pengalaman berhadapan dengan gangguan makhluk halus atau benda-benda mistik ni.

Biasalah, ada yang percaya dan tidak percaya apabila mendengar kisah-kisah seperti ini.

Jisoo dan Lisa daripada kumpulan BLACKPINK juga tak terlepas dari berhadapan dengan kejadian paranormal.

Pengalaman menyeramkan itu dikongsikan oleh mereka berdua ketika ditemu bual oleh sebuah stesen radio di L.A.

Menurut Lisa, ketika dia tidur di biliknya dia terdengar seseorang mengetuk almari pakaiannya. Badannya tiba-tiba tidak dapat bergerak seperti ditindih, dalam Bahasa saintifiknya ia dipanggil ?sleep paralysis? dan tak lama selepas itu dia terdengar pula suara orang ketawa di telinganya. Apabila dia tersedar dari sleep paralysis, suara tersebut terus hilang.

Pengalaman Jisoo pula bukan untuk orang yang lemah semangat. Katanya, ketika dia sedang menari di depan cermin di dalam walk-in closet dia melihat tangan putih di antara pakaian. Dia begitu takut lalu melarikan diri.

Namun Jisoo hanya membuka mulut sekembalinya Lisa dari Thailand yang menceritakan perihal pertemuannya dengan seorang psikik di Thailand yang mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan almari di rumah mereka.

Psikik itu berpesan agar mereka semua berhati-hati kerana almari di dorm mereka berhantu.

Tengok video minit ke 9.53.

Rentetan dari beberapa peristiwa yang menakutkan itu, BLACKPINK kini tidak lagi tinggal di dorm tersebut.

Sumber