Luar Biasa, Wanita Ini Lahirkan Bayi Kembar Sembilan!

Kita mungkin biasa dengar kembar dua atau kembar tiga, namun pernahkah anda melihat kembar sembilan?

 

Seorang wanita di Mali, Bamako, selamat melahirkan bayi kembar sembilan dan memaklumkan semuanya dalam keadaan baik.

luar biasa, wanita ini lahirkan bayi kembar sembilan!

Pada 30 Mac lalu, pihak berkuasa Mali terpaksa menerbangkan Halima Cisse, 25, dari utara negara miskin Afrika Barat itu ke Maghribi supaya ibu itu boleh mendapat penjagaan yang lebih baik disana.

luar biasa, wanita ini lahirkan bayi kembar sembilan!

Jurucakap kementerian kesihatan Maghribi Rachid Koudhari berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai kelahiran kembar sembilan di salah sebuah hospital negara berkenaan.

luar biasa, wanita ini lahirkan bayi kembar sembilan!

Namun kementerian kesihatan Mali memaklumkan, wanita hebat itu telah melahirkan lima bayi perempuan dan empat bayi lelaki dan semuanya termasuk si ibu berada dalam keadaan baik.

luar biasa, wanita ini lahirkan bayi kembar sembilan!

Bayi-bayi itu akan kembali ke tanah air dalam beberapa minggu selepas doktor mengesahkan tahap kesihatan mereka dan ibu adalah selamat.

 

Dalam satu laporan awal, doktor memaklumkan wanita itu pada awalnya dikesan hanya hamil kembar tujuh, namun tidak menyangka sembilan bayi dilahirkan olehnya.

Sumber: Daily Mail