Planet Baru Ditemui, Penuh Dengan Lahar Cair, Angin Bertiup Kencang Dan Berhujan Batu

planet baru ditemui, penuh dengan lahar cair, angin bertiup kencang dan berhujan batu

Saintis telah menemukan sebuah planet baru yang dikenali sebagai K2-141b. Bagi mereka ini merupakan penemuan paling ekstrem setakat ini.

Kenapa penemuan ini ekstrem? Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Monthly Notices of the Royal Astronomical Society, para saintis dari UNiversiti McGiil, University York dan Institut Pendidikan Sains India menyatakan bahawa planet ini mengorbit mataharinya pada jarak yang amat dekat.

Sebab itu lah keadaan planet tersebut dibentuk daripada lahar cair, anginnya pula bertiup kencang pada kelajuan supersonic dan hujan yang turun ialah batu.

Saiz planet ini dikatakan sama sahaja dengan saiz bumi. Bagaimanapun, permukaan, lautan serta atmosfera planet ini adalah dari batu. Bayangkan seluruh planet ini diperbuat daripada batu!

Wow! Semakin banyak kita teroka alam, semakin banyak benda baharu yang akan kita temui kan?

Sumber: Rancak TV

ARTIKEL BERKAITAN