Beli Apartment Dengan Harapan Ada Tasik Yang Indah, Tapi…

beli apartment dengan harapan ada tasik yang indah, tapi…

Apa korang rasa kalau korang beli rumah atas faktor beberapa perkara seperti pemandangan yang cantik dan ada landskap tasik buatan yang boleh menenangkan tapi apabila dapat rumah tersebut semua itu hanya palsu semata?

Haaa, jangan cakap benda macam ni tak berlaku!

Satu kejadian telah berlaku di daerah Changsha, China di mana para pemilik unit apartment berasa sangat kecewa dan marah selepas tertipu dengan ‘gimik’ pemaju.

Melihat kepada plan sebelum beli, mereka teruja dengan pemandangan hijau dan juga landskap tasik yang cantik. Perkara tersebut menjadi faktor kepada pembeli untuk membeli rumah tersebut.

Bagaimanapun, selepas mereka dibenarkan untuk masuk ke kawasan rumah, mereka berasa tertipu kerana yang ada hanyalah lapisan plastic biru kekal yang kononnya tasik. Malah, terdapat satu jambatan kecil ditengah-tenganya.

Bukan itu sahaja, bahagian taman yang sepatutnya berumput hijau pula hanya diisi dengan susunan batu blok berongga yang hanya sesuai dijadikan sebagai kawasan parking.

Perkara ini telah dilaporkan oleh South China Morning Post selepas kejadian itu tular di media berikutan para pembeli meluahkan rasa marah mereka melalui laman sosial selain mengadu kepada pihak media.

Pemaju kawasan perumahan itu pula berkaya, mereka tidak pernah menjanjikan tasik di apartment tersebut dan mengakui sudah menepati standard pembinaan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak pemerintah.

Sumber: Astro Awani