Kerana Cinta, Remaja Ini Sanggup Panjat Dinding Penjara Setinggi 4 Meter

 

kerana cinta, remaja ini sanggup panjat dinding penjara setinggi 4 meter

Betul lah cinta ni boleh membuatkan orang jadi gila. Kalau tidak masakan seorang remaja lelaki di Jerman sanggup memecah masuk ke dalam penjara semata memenani hati bekas kekaishnya.

 

Berdasarkan laporan BBC, berusia 18 tahun itu telah memanjat dinding penjara setinggi empat meter dan menuju ke sel bekas teman wanitanya berada.

 

Biarpun diarah untuk turun oleh pihak bomba Vechta, lelaki itu enggan turun. Akhirnya pihak bomba terpaksa menggunakan tangga untuk menurunkannya.

 

Tidak dapat dipastikan sama ada usaha lelaki itu berjaya menawan hati kembali teman wanitanya itu. Tetapi yang pasti mereka berdepan dengan dakwaan menceroboh.

 

Sumber: Astro Awani