Bertaruh Makan 50 Biji Telur Namun Mati Pada Biji Yang Ke 42

bertaruh makan 50 biji telur namun mati pada biji yang ke 42

Alkisahnya bermula apabila berlakunya salah faham di antara seorang lelaki dengan rakannya di Mumbai India.

Untuk menyelesaikan masalah itu, mereka mempertaruhkan wang tunai Rs2,200 (lebih kurang RM115) bagi sesiapa yang mampu menghabiskan 50 biji telur dalam satu masa.

Walaubagaimanapun, ketika makan telur yang ke 42, mangsa telah pengsan dan tidak sedarkan diri dan terus tidak menyedarkan diri.

Ketika di hospital, doktor telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia.

Kematian mangsa dikatakan akibat daripada makan secara berlebihan.

Haaa, jadi lepas ni beringatlah sewaktu makan.

 

Sumber: Astro Awani