Kawan Paling ‘Puaka’ Adalah Kawan Yang Paling Mengambil Berat- Kajian

 

kawan paling ‘puaka’ adalah kawan yang paling mengambil berat- kajian

Kita mesti ada seorang kawan yang berperangai atau bermulut puaka kan? Kalau dia cakap, mesti akan rasa sentap hingga ke ulu hati.

Tapi, ketahuilah bahawa kawan yang paling berpuaka itulah orang yang paling mengambil berat tentang korang. Perkara ini telah dibuktikan melalui satu kajian yang diterbitkan oleh Psychological Science.

Berdasarkan saintis psikologi yang juga merupakan ketua kepada kajian ini, Belén López-Pérez, mereka telah membuktikan bahawa seseorang sengaja bertindak kejam – dari semua segi- untuk menunjukan mereka sebenarnya kisah dengan hidup anda.

Antara bukti yang mereka temui adalah, seseorang itu akan menakutkan akan kegagalan kepada orang yang mereka sayang sekiranya orang tersebut berlengah-lengah dan tidak melakukan apa-apa.

Sumber: Martha Stewart