Kardigan Milik Kurt Kobain Yang Tidak Dibasuh Dijual Pada Harga $130,000

kardigan milik kurt kobain yang tidak dibasuh dijual pada harga $130,000

Baju jenis cardigan milik mendiang bintang kumpulan Nirvana, Kurt Kobain telah dilelong di New York baru-baru ini.

Keadaan baju bulu kambing Anggora yang lusuh itu serta tidak dibasuh malah hilang satu butang telah dibida dengan harga $130,000 atau bersamaan suku juta dengan duit Malaysia.

Dikhabarkan baju itu dipakai oleh Kurt Kobain ketika dalam rancangan MTV Unplugged pada tahun 1993, setahun sebelum kematiannya.

Kini baju tersebut menjadi milik Garret kletjian iaitu seorang pemilik pasukan lumba kereta professional Forty7 Motorsports

Sumber: Astro Awani