Dua Hari Cicak Duduk Dalam Telinga

Punca sakit telinga terjawab pabila doctor di Thailand menemui seekor cicak di dalam telinga. Dr. Varanya Nganthavee terkejut selepas discover ada haiwan sebesar itu boleh masuk dalam telinga pesakitnya di Hospital Rajavithi di Bangkok.

dua hari cicak duduk dalam telinga

Cicak tersebut dikeluarkan menggunakan titisan anestatik. Difahamkan cicak adalah sejenis Jing Jok yang biasa ditemui di Thailand.

Tetapi bagaimana seekor cicak boleh berada dalam telinga selama 48 jam sangat membingungkan doktor sehingga kini.

Haa korang jaga jaga ye .. kalau cicak pun boleh masuk dalam telinga haiwan lain yang lebih kecil apatah lagi.

Sumber

 

Oleh: Khalie Azmi