Dah Bayar RM1,400 Tapi Dapat Karpet Mini, Lagi Kecil Dari Tangan

Terkejut dan tidak sangka apabila set karpet kereta yang dibeli secara atas talian pada harga £245 (kira-kira RM1,400) rupanya lebih kecil daripada saiz telapak tangannya.

dah bayar rm1,400 tapi dapat karpet mini, lagi kecil dari tangan

Menurut laporan, wanita yang dikenali sebagai Hedge Burley, 40, bercadang membeli set karpet tersebut sebagai hadiah hari lahir suaminya untuk kereta jenis Ford Cosworth 1986 milik mereka.

 

Beliau menemui karpet yang diinginkan selepas membuat carian di laman web dan menyangka ia adalah bersaiz sebenar berdasarkan harganya.

dah bayar rm1,400 tapi dapat karpet mini, lagi kecil dari tangan

Namun selepas karpet itu tiba, beliau nyata terkejut dan tidak tahu mahu ketawa atau menangis.

 

“Saya membuka bungkusan barangan tersebut dan tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis.

“Anak lelaki saya berkata bahawa itulah sebabnya mengapa orang tua tidak boleh membeli barang di internet,” katanya.

 

Susulan perkara itu, beliau tekad tidak lagi mahu membeli-belah secara atas talian kerana serik menjadi mangsa penipuan.

 

Burley juga sudah cuba untuk menghubungi penjual tersebut, namun gagal kerana laman web itu juga sudah tidak lagi aktif.

 

Sumber: Mirror UK

 

ARTIKEL BERKAITAN