← Back to list

Budak 12 Tahun Menang Tuntutan Nak Dapatkan Vaksin

Sep 24, 2021


budak 12 tahun menang tuntutan nak dapatkan vaksin

Sekarang ni meriah geng-geng remaja pulak sampai giliran untuk dapat suntikan vaksin COVID-19. Macam-macam perasaan kan? Mungkin lebih kepada terujalah kot sebab sebelum ni syok dengar cerita dan pengalaman mak, abah, pakcik & makcik je kan? Ha ni dah sampai turn sendiri!

Tapi kan, apa korang akan buat kalau hasrat nak dapatkan suntikan vaksin dilarang mak atau abah? Hmmm… mesti serba salah kan. Tapi ada seorang remaja kat Belanda buat satu tindakan ni. Dia bawa kes ke mahkamah!  

Kat Belanda, vaksin COVID-19 untuk remaja 12 hingga 17 tahun dibenarkan tapi mesti dapat kebenaran mak ayah dulu. Samalah macam Malaysia. 

OK lah berbalik kat cerita tadi, lawan punya lawan, masing-masing bentangkan alasan akhirnya hakim putuskan remaja tu menang. Menurut hakim, alasan yang dikemukan si anak lebih penting dan mengatasi kebimbangan ayah. 

Nak tau apa lagi syahdu dan menjentik hati pasal alasan remaja tu? Dia nak dapatkan vaksin sebab nak luangkan masa dan berada di sisi nenek dia sebanyak mungkin. Nenek dia dah berada di peringkat akhir kanser paru-paru… hilang kata-kata. Kasih sayang unggul. Auto bergenang air mata.

Oh mesti nak tau pasal mak dia kan? Mak dia sokong tindakan anak dia dan sebenarnya mak dia dah bercerai dengan ayah dia. Lagi satu kat Belanda, kalau ibu bapa bercanggah pendapat atau takde kata sepakat maka hakimlah yang akan buat keputusan yang disifatkan terbaik untuk si anak. Sekian cerita pendek hari ni .

 


Oleh: KJ  

Sumber & foto: BBC, Sinar Harian & Internet