← Back to list

Kelibat 'Pocong' Melompat Di Pusat Vaksinasi, Orang Ramai Geli Hati

Sep 11, 2021


Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan kelibat ‘pocong’ yang tiba di Pusat Vaksinasi Dewan Meranti di Sungai Buloh, Selangor bagi menerima suntikan vaksin.

kelibat 'pocong' melompat di pusat vaksinasi, orang ramai geli hati

Kelibat yang tidak dapat dikenal pasti identitinya itu berpakaian serba lengkap dengan bungkusan kain putih, menyerupai hantu yang ditakuti ramai itu.

Dalam video yang telah ditonton hampir sejuta kali itu, biarpun ia seolah-olah menakutkan, namun ramai juga yang terhibur melihat gelagat gerangan yang tidak dikenali itu.

Dalam video tular itu, kelihatan ‘pocong’ tersebut melompat ke arah pintu masuk ruang dewan vaksinasi sambil melalui ruangan lain di situ bagi menerima suntikan vaksin sambil diperhatikan orang ramai.

Agak-agaknya, kalaulah korang terserempak dengan ‘pocong’ ni waktu nak ambil suntikan vaksin, apa reaksi korang?

 

Sumber: [1]