← Back to list

Vaksin AstraZeneca, Pfizer Mampu Banteras Penularan Varian Delta - Kajian

Jul 23, 2021


Kajian membuktikan dua dos vaksin COVID-19 Pfizer atau AstraZeneca mempunyai keberkesanan yang sama dalam melawan varian Delta seperti mana ia berkesan terhadap varian Alpha.

Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine itu menyatakan vaksin itu tidak cukup berkesan untuk memberikan perlindungan yang tinggi dengan hanya satu dos suntikan.

vaksin astrazeneca, pfizer mampu banteras penularan varian delta - kajian

Malah, kajian itu mengesahkan penemuan yang diterbitkan Public Health England (PHE) pada Mei lalu tentang keberkesanan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan Oxford-AstraZeneca, berdasarkan data dunia nyata.

Dua dos Pfizer berkesan untuk mencegah penyakit simptom dari varian Delta sebanyak 88 peratus, berbanding 93.7% terhadap varian Alpha.

vaksin astrazeneca, pfizer mampu banteras penularan varian delta - kajian

Manakala, dua dos vaksin AstraZeneca berkesan mencegah simptom varian Delta sebanyak 67 peratus, meningkat daripada 60 peratus yang dilaporkan sebelum ini, dan 74.5 peratus berkesan terhadap varian Alpha, berbanding dengan anggaran keberkesanan sebelum ini 66 peratus.

Sebelum ini, Public Health England memaklumkan dos pertama dari salah satu vaksin adalah sekitar 33% berkesan terhadap penyakit simptom dari varian Delta.

vaksin astrazeneca, pfizer mampu banteras penularan varian delta - kajian

Namun, kajian penuh mendapati satu dos suntikan Pfizer adalah 36% berkesan, dan satu dos vaksin AstraZeneca sekitar 30% berkesan.

Daftarlah untuk divaksinasi untuk melindungi diri dan insan sekeliling kita semua.

Sumber: Awani