← Back to list

Pemberian Vaksin Kepada Bakal Jemaah Haji Selepas TH Kemukakan Senarai Nama

Mar 30, 2021


Pemberian vaksin COVID-19 kepada bakal jemaah haji akan dilaksanakan selepas Arab Saudi membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan semula ibadah berkenaan tahun ini.

pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji selepas th kemukakan senarai nama

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 menyokong cadangan untuk memberi vaksin kepada permohonan yang dikemukakan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurutnya, permohonan dan senarai nama jemaah yang bakal mengerjakan haji mengikut jadual tertentu akan dikemukakan oleh pihak TH.

"Malaysia masih menanti keputusan muktamad Arab Saudi untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan bakal jemaah haji.

"Bakal jemaah haji ini akan diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin," katanya.

pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji selepas th kemukakan senarai nama

Oleh kerana segala pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang membabitkan penjarakan fizikal dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19, Khairy yakin bahawa jumlah bakal jemaah haji tahun ini tidak ramai.

"Kita menjangka jumlah bakal jemaah haji tidak ramai, justeru ada bekalan mencukupi untuk diberikan kepada mereka," ujarya lagi.

Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Haji Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, menggesa 31,600 bakal jemaah haji tahun 2021 yang mendapat surat tawaran mengerjakan ibadah itu tahun lalu, agar segera mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19.

Langkah itu adalah sebahagian daripada persiapan bakal jemaah sekiranya kerajaan Arab Saudi mengumumkan kebenaran menunaikan haji tahun ini.

Sumber: Awani