← Back to list

Kaji Kebenaran Rentas Daerah Buat Penerima Dos Kedua Vaksin COVID-19

Mar 30, 2021


Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Annuar Rapaee berkata, sudah tiba masanya peraturan pergerakan rentas daerah dikaji semula buat mereka yang menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19.

kaji kebenaran rentas daerah buat penerima dos kedua vaksin covid-19

Menurutnya, pun begitu beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

 

Beliau yang juga merupakan penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Bahagian Sibu menjelaskan salah satu faktor tersebut adalah jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi untuk membenarkan sebarang pergerakan rentas daerah di negeri tersebut.

 

Selain itu, faktor vaksin Pfizer dengan keberkesanan hingga 95 peratus dengan sesetengah individu memerlukan masa untuk membina antibodi mereka selepas dos kedua.

 

"Bilangan petugas barisan hadapan yang telah mengambil dos kedua ialah 129,000 di seluruh negara dan 19,000 di Sarawak. Ia masih sangat minimum," katanya.

 

Tambahnya lagi, beliau menggesa orang ramai di Sibu untuk terus bekerjasama dengan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian COVID-19 dalam masyarakat.

 

Dalam perkembangan lain, Sarawak mencatatkan 192 lagi kes baharu COVID-19 pada 29 Mac 2021.

 

Sumber: Astro Awani