← Back to list

Vaksin COVID-19 AstraZeneca Tidak Mengandungi Bahan Terlarang

Mar 27, 2021


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan bahawa vaksin COVID-19 AstraZeneca tidak mengandungi sebarang produk yang berasal daripada haiwan mahupun barang terlarang.

vaksin covid-19 astrazeneca tidak mengandungi bahan terlarang

Ujarnya, “AZD1222 tidak mengandungi sebarang bahan terlarang seperti: bahan yang berasal dari babi, gelatin dari sumber haiwan babi, gliserin yang berasal dari haiwan, asid stearic, laktosa, produk yang berasal dari kerang atau ikan yang tidak bersisik, pati gandum.”

Difahamkan bahawa semua ‘eksipien’ vaksin tersebut berasal daripada sayur-sayuran.

Lanjut Dr Adham lagi, “Walaupun begitu, AstraZeneca perlu membekalkan hasil ujian bagi mengesahkan bahawa tidak ada sisa bahan babi dalam produk akhir sebagai salah satu syarat pendaftaran.”

Rabu lalu, Dr Adham mengumumkan bahawa penggunaan vaksin AstraZeneca COVID-19 adalah selamat buat rakyat negara ini.

Beliau turut menambah berdasarkan data keselamatan vaksin COVID-19 AstraZeneca yang diperoleh daripada kajian klinik hingga 4 November 2020, tiada kesan sampingan serius yang dilaporkan menerusi kajian yang dilakukan terhadap 12. 000 sukarelawan itu.

Selain itu, vaksin terbabit juga telah menerima kelulusan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac lalu.

 

Sumber: [1]