← Back to list

Awas! Denda RM10,000, Penjara 7 Tahun Jika Potong Giliran Vaksin

Mar 03, 2021


Amaran telah dikeluarkan kepada mana-mana individu yang didapati memotong barisan untuk menjadi penerima awal suntikan vaksin COVID-19 kerana mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun.
 
denda, kompaun menanti mereka potong giliran terima vaksin!
 
Tindakan itu boleh boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah yang mana ia telah termaktub dalam Seksyen 31 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.
 
“Peruntukan baharu ini adalah sebagai punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta 342 bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.
“Peraturan di bawah subseksyen ini kita boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

awas! denda rm10,000, penjara 7 tahun jika potong giliran vaksin
 
Baru-baru ini, timbul dakwaan golongan VIP cuba untuk memotong barisan untuk menjadi penerima awal suntikan vaksin COVID-19, hingga menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak khasnya rakyat.

Bagaimanapun, Dr Adham berkata setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan memotong barisan, sebaliknya dakwaan itu hanya khabar angin sahaja.

Fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mensasarkan barisan frontliner, dimana satu garis panduan telah pun diwujudkan bagi menerangkan definisi frontliner, sepeti yang termaktub dalam Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan.

denda, kompaun menanti mereka potong giliran terima vaksin!

denda, kompaun menanti mereka potong giliran terima vaksin!



Sumber: Astro Awani