← Back to list

Daftar Vaksin COVID-19 Di Laman Web Dan Talian Hotline Mulai 5 Mac

Mar 03, 2021


Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah pun dijalankan di Malaysia sejak 24 Feb lalu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19.

daftar vaksin covid-19 di laman web dan talian hotline mulai 5 mac

Sejak itu, ramai yang mula melakukan pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera dengan jumlah pendaftaran kini seramai 1.6 juta individu.

daftar vaksin covid-19 di laman web dan talian hotline mulai 5 mac
 
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), mulai 5 Mac ini, proses pendaftaran vaksin COVID-19 juga boleh dibuat melalui laman web www.vaksincovid.go.my atau melalui talian hotline yang akan diumumkan kelak.
 



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan boleh terus diajukan melalui laman sesawang https://vaksincovid.gov.my dan klik butang #AndaTanyaKamiJawab .



Sumber: JKJAV