← Back to list

“Vaksin Ini Telah Ikuti Protokol Keselamatan,” Ini Nasihat Dr Amalina Selepas Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Pfizer

Dec 31, 2020


Siapa yang tak kenal dengan pelatih pakar bedah Malaysia bernama Dr. Nur Amalina Che Bakri. Ternyata beliau sudahpun terima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer semalam. 

“vaksin ini telah ikuti protokol keselamatan,” ini nasihat dr amalina selepas terima suntikan vaksin covid-19 pfizer

Beliau membuat kenyataan berikut menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya.

“Saya telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID Pfizer hari ini (semalam). Jom kita semua patuhi panduan Covid, kes semakin bertambah, jumlah kemasukan ke hospital turut meningkat, hospital kini berada dalam keadaan kritikal!

“Ini bukan masanya untuk kita terus leka. Haraplah tahun depan akan menjadi lebih baik,” katanya di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Beliau turut berkongsi foto dirinya menerima suntikan berkenaan di sebuah pusat perubatan di London, United Kingdom dan turut berkongsi beberapa fakta berkenaan vaksin tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ketika menjawab pertanyaan pengikutnya, beliau memaklumkan bahawa suntikan tersebut perlu diambil sebanyak dua kali.

“Ya ada dua dos, sekurang-kurangnya selepas 21 hari,” katanya.

Beliau menjelaskan lagi bahawa dia akan berkongsi pengalaman dirinya selepas mengambil suntikan vaksin tersebut di media sosial pada masa akan datang.

Dr Amalina telah menerima suntikan vaksin tersebut secara percuma di bawah Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom. 

Sumber: Instagram Dr Amalina