← Back to list

Sasha Saidin Rakyat Malaysia Pertama Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Di UAE

Dec 28, 2020


Pandemik COVID-19 yang melanda dunia tahun ini mesih belum reda dan semua negara menanti-nantikan suntikan vaksin dalam usaha mencegah wabak berkenaan.

Namun, penyanyi dan pelakon, Sasha Mohd Saidin menjadi rakyat Malaysia pertama yang menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinopharm di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa lalu.

sasha saidin rakyat malaysia pertama terima suntikan vaksin covid-19 di uae

Menurut ahli kumpulan Elite, beliau memaklumkan bahawa dia dan suaminya, Sirhan Wahab ketika berada di Emiriah Arab Bersatu (UAE) telahpun menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan.

“Kami mengambil keputusan untuk suntikan vaksin jenis Sinopharm kerana keberkesanan sebanyak 86 peratus setelah mendapat berita mengenai kemunculan mutasi baharu Covid-19,” tulisnya di sebuah entri di Instagram.

Selebriti berusia 44 tahun itu memberitahu, beliau dan suaminya memilih vaksin jenis itu kerana keberkesanannya, namun suntikan jenis Pfizer lebih tinggi iaitu 96 peratus tetapi masih belum boleh dapat diperoleh di negara itu.

“Sudah empat hari berlalu dan Alhamdulillah saya dan Sirhan tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti demam, mual dan alahan.

“Selain rasa sakit pada lengan, kami cuba melakukan apa-apa aktiviti seharian dengan baik,” katanya.

sasha saidin rakyat malaysia pertama terima suntikan vaksin covid-19 di uae

Kakak Zain Saidin itu turut menyatakan bahawa beliau dan suaminya telah menerima pemberitahuan temu janji seterusnya daripada pihak Jabatan Kesihatan UAE. 

Menurutnya, beliau dan suaminya telah menerima pemberitahuan daripada Jabatan Kesihatan UAE untuk janji temu seterusnya.

“Kami akan menerima suntikan dos kedua dan terakhir dalam masa 21 hari selepas suntikan dos pertama,” katanya.

Sasha mengakhiri entrinya itu dengan menzahirkan ucapan terima kasih atas doa yang diberikan dan mendoakan agar semua berada dalam keadaan selamat ekoran wabak pandemik Covid-19.

Sinopharm merupakan vaksin yang dihasilkan oleh pengeluar China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) yang berpangkalan di Beijing.

Sumber: Sinar Harian