← Back to list

Apa Yang Ada Dalam Vaksin Sebenarnya? Ni Bahan-bahannya

Dec 22, 2020


apa yang ada dalam vaksin sebenarnya? ni bahan-bahannya

Semenjak dua menjak ni banyak berita berkenaan vaksin COVID-19. Ramai yang mengambil berat akan kandungan vaksin. Berdasarkan twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, ada beberapa bahan yang digunakan untuk menghasil vaksin.

1. Bahan pengawet

Fungsi bahan ni untuk menstabilkan vaksin dan mencegah sebarang pembiakan bakteria atau kulat di dalam vaksin itu sendiri.

2. Adjuvant

Bahan ini akan bertindak balas sistem imun tubuh dengan vaksin

3. Antigen

Ia satu bentuk virus hidup tapi sudah dilemahkan, virus yang telah pun dimatikan, protein virus/bakteria yang diekstrak, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian daripada struktur bakteria/virus.

Ni antara tiga bahan yang mengandungi vaksin. Berikut merupakan bahan-bahan lain yang terkandung di dalam vaksin:

 

 

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia