← Back to list

Risau Kebersihan Vaksin? Dengar Penjelasan Pakar Ini

Dec 15, 2020


risau kebersihan vaksin? dengar penjelasan pakar ini

Vaksin antara harapan kepada dunia untuk kembali pulih daripada wabak COVID-19. Kebanyakkan vaksin dibangunkan di negara Barat dan menjadi kerisauan kepada umat Islam khususnya.

Baru-baru ini, Astro Awani telah menemubual Ustaz Fauwaz Fadzil Noor seorang konsultan syariah dari Telaga Biru Sdn Bhd.

Menurut Ustaz Fauwaz, vaksin ini merupakan tuntutan syarak walaupun ia bukan datang dari negara Islam.

“Islam tidak meletakkan syarat di dalam perkara duniawi ini mesti datang daripada negara orang Islam” Jelas beliau.

Ustaz Fauwaz juga bercerita bahawa Rasulullah juga berinteraksi atau berhubung dengan negara-negara bukan Islam seperti Rom dan Parsi.

“Jadi tak perlu timbul isu, datang daripada mana… kerana ia satu keperluan.” Kata Ustaz Fauwaz dalam wawancara itu.

Jadi, tak perlu lah anda risau lagi akan kebersihan vaksin yang akan digunakan kelak.

 

 

Sumber: Astro Awani