← Back to list

“Saya Rasa Diri Bertuah,” Hari Istimewa Bagi Pelakon Watak ‘Gandalf’, Terima Vaksin COVID-19

Dec 18, 2020


Aktor yang amat terkenal dengan wataknya sebagai Gandalf dalam siri filem The Lord Of The Rings dan Magneto dalam siri filem X-Men, Sir Ian McKellen menjadi salah satu selebriti dari Britain yang menerima vaksin COVID-19.

“saya rasa diri bertuah,” hari istimewa bagi pelakon watak ‘gandalf’, terima vaksin covid-19

Pelakon berusia 81 tahun itu berkongsi berita tersebut di akaun Instagram kepunyaannya sambil mengucapkan terima kasih kepada petugas National Health Service (NHS), United Kingdom.

“Ianya hari yang sangat istimewa. Untuk sesiapa yang sudah hidup lama seperti saya dan masih bernafas ini kerana mereka pernah menerima vaksin-vaksin sebelum ini.

“Sudah pasti 100% daripada generasi lama akan mengambilnya, kerana kita mendapatkannya bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk mereka yang dekat dengan kita. Kita melakukannya demi masyarakat kita,” tulisnya di Instagram.

McKellen turut tambah bahawa penerimaan vaksin tersebut tidak menyakitkan dan prosesnya amat mudah.

“Saya dapat bertemu dengan petugas-petugas NHS dan dapat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bekerja keras adalah satu bonus bagi saya. 

“Saya tidak teragak-agak untuk menyarankannya kepada orang lain. Saya rasa diri amat bertuah dapat terima vaksin ini,” tulisnya lagi.

Terdahulu, United Kingdom menjadi negara pertama di dunia untuk melaksanakan program vaksin dan serrang Anita warga emas menjadi indvidu yang pertama menerima suntikan vaksin virus ini.

Sumber: Instagram Sir Ian McKellen