← Back to list

Pemberian Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Untuk Individu Berisiko Dan Golongan Rentan Dijangka Bermula Oktober

Sep 20, 2021


Pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 untuk golongan rentan dan berisiko dijangkiti COVID-19 dijangka bermula pada Oktober ini.

pemberian dos penggalak vaksin covid-19 untuk individu berisiko dan golongan rentan dijangka bermula oktober

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata golongan itu termasuk warga emas dengan komorbiditi seperti mempunyai masalah kesihatan kronik, petugas barisan hadapan, individu kurang daya tahan imun serta mereka yang tinggal dan bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

“Kita akan buka kepada golongan ini dahulu kerana berdasarkan data kematian, data kategori 5 yang masuk ke ICU (unit rawatan rapi), kebanyakan daripada mereka terdiri daripada golongan tersebut, warga emas yang ada masalah jantung, kencing manis, hipertensi dan sebagainya.

pemberian dos penggalak vaksin covid-19 untuk individu berisiko dan golongan rentan dijangka bermula oktober

“Pemberian dos ketiga atau (dos) penggalak itu juga tidak bermaksud pemberian dua dos vaksin sebelum ini tidak berkesan, sebaliknya ia adalah bagi meningkatkan sistem imun,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja beliau ke Kedah di Wisma Darul Aman.

Tambahnya, banyak negara sudah memulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 termasuk di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem imun individu terhadap wabak itu.

pemberian dos penggalak vaksin covid-19 untuk individu berisiko dan golongan rentan dijangka bermula oktober

Namun, setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) belum membuat keputusan sama ada dos penggalak itu akan diberikan kepada semua individu di negara ini.

“Perkara ini masih dalam perbincangan. KKM juga ketika ini sedang melakukan perbincangan dengan pakar dalam menentukan kumpulan usia individu yang akan menerima dos itu,” katanya.

Sumber: Awani