← Back to list

Persediaan Sebelum Sekolah Dibuka, Remaja Mula Divaksin Hari Ini

Sep 20, 2021


Bagi melengkapkan diri sebelum pembukaan sekolah pada sesi 2022 dan sebagai pencegahan kepada jangkitan COVID-19, remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini akan mula menerima suntikan vaksin COVID-19.

persediaan sebelum sekolah dibuka, remaja mula divaksin hari ini

Menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), program khusus untuk pelajar sekolah itu menyasarkan 80 peratus mendapat dos lengkap sebelum pembukaan sekolah sesi 2022.

 

Seramai 3.2 juta kanak-kanak pada usia lingkungan itu dijangka memperoleh perlindungan vaksin dalam masa tiga bulan program ini berlangsung, dengan keutamaan kepada 1.1 juta remaja berusia 16 dan 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan awam serta remaja dengan komorbid.

 

Selain pelajar sekolah, program itu turut melibatkan remaja dalam komuniti seperti gelandangan, pelarian dan bukan warganegara.

 

Kumpulan ini akan menerima vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang telah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh  Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sementara Sinovac sedang menunggu kelulusan.

 

Penggunaan Pfizer dan Sinovac dilihat paling sesuai diberikan pada golongan kanak-kanak berikutan data mengenai kesan sampingan yang rendah.

 

Ekoran itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan portal  Vaksin-Anak-Ku bagi memudahkan pendaftaran remaja sekolah dan institusi.

persediaan sebelum sekolah dibuka, remaja mula divaksin hari ini

Sumber: Astro Awani