← Back to list

Elakkan Ke Tempat Riadah Kalau Belum Lengkap Vaksin

Sep 17, 2021


Belum dapat 2 dos vaksin?

Kalau belum, elakkan pergi ke tempat-tempat riadah sebab korang mungkin akan disuruh balik.

Polis juga akan tempatkan pasukan pemantau di semua lokasi riadah tumpuan awam untuk pastikan pengunjung lengkap divaksin dan patuh SOP.

Nampak macam agak strict arahan ni, tapi percayalah ini untuk kebaikan semua pihak.

Tujuan utamanya adalah elakkan sebarang jangkitan Covid-19 berlaku ketika beriadah.

elakkan ke tempat riadah kalau belum lengkap vaksin

Sedangkan yang lengkap divaksin pun boleh dijangkiti dan menjangkiti, apatah lagi yang belum lengkap vaksin atau tak vaksin langsung.

Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah lebih baik yang belum lengkap divaksin tangguhkan dulu perancangan untuk ke tempat awam sampai dah dapat dos kedua.

Dah selesai tempoh 14 hari, barulah rasa lebih selamat untuk ke tempat awam ðŸ˜Š

Walaupun dah dapat vaksin lengkap, amalan norma baru macam pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan kerap mencuci tangan wajib diamalkan.

elakkan ke tempat riadah kalau belum lengkap vaksin

Sepatutnya semua SOP ni dah jadi sebati dalam kehidupan seharian kita sebab dah lebih setahun kita amalkannya.

Kita perlu biasakan diri dengan penjagaan kesihatan kendiri ni sebab tak lama lagi kita akan memasuki fasa endemik iaitu belajar untuk ‘hidup’ dengan virus Covid-19.

Kekal waspada, patuh SOP dan jaga kesihatan, kita mampu melakukannya!

 

Oleh: Izzati Amir