← Back to list

Malaysia Boleh Hasilkan Vaksin COVID-19 Pertama Negara

Aug 29, 2021


Dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, bekalan vaksin yang mencukupi adalah sangat penting kepada sesebuah negara. Buat masa ini, vaksin dibeli daripada luar negara yang sudahpun menjalani proses R&D dan kajian klinikal.

malaysia boleh hasilkan vaksin covid-19 pertama negara

Malaysia juga boleh menghasilkan vaksin COVID-19 pertama negara dengan kepakaran dan tenaga para saintis di negara ini khasnya dalam bidang kesihatan awam.

 

Menurut bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata penghasilan sendiri vaksin COVID-19 sangat penting bagi membantu negara mencegah wabak itu daripada terus menular.

"Penghasilan vaksin pertama dalam negara sangat penting, kita kena bergerak ke hadapan dan perlu yakin kerana kita mempunyai para saintis yang boleh digembleng tenaga untuk membuat 'breakthrough' dalam inovasi dan 'penemuan saintifik'," katanya.

 

Tambah beliau lagi, pihak KKM juga merancang untuk membuat 'perjanjian dua hala' dengan negara lain yang telah berjaya menghasilkan vaksin COVID-19 termasuk China, India dan Thailand.

 

"Salah satu tanda awal bahawa kita boleh menghasilkan vaksin adalah dengan mewujudkan kilang 'fill and finish' ini.

"Vaksin yang kita akan hasilkan perlu dibotolkan, jadi telah ada teknologi 'fill and finish' ini, namun perlu dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)," katanya.

 

Sumber: Astro Awani / BERNAMA