← Back to list

Pembiakan Varian Di Hidung Mungkin Sebab Perubahan Biologi Terhadap Vaksin

Aug 25, 2021


Pembiakan varian Delta yang dikatakan mampu merebak menerusi hidung berkemungkinan berpunca daripada perubahan ciri-ciri biologi terhadap vaksin.

pembiakan varian di hidung mungkin sebab perubahan biologi terhadap vaksin

Menurut Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubahan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, beliau berpendapat bahawa masyarakat tidak mempunyai pilihan lain selain menitikberatkan penjagaan SOP.

“Vaksin sedia ada mungkin tidak seperti apa yang kita harapkan sebelum ini kerana sepatutnya ia menghalang virus untuk terus merebak.

“Perubahan terhadap ciri-ciri biologi mungkin menyebabkan perkara seperti itu berlaku, maka langkah terbaik bagi semua pihak adalah untuk terus berjaga-jaga,” jelasnya.

Lanjutnya, melihat situasi COVID-19 yang semakin mengganas, orang ramai tidak sepatutnya lalai dengan faktor kawalan kendiri.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa negara merekodkan satu kes jangkitan yang mana varian tersebut dipercayai membiak di dalam hidung individu yang sudah divaksinasi.

Namun menurutnya, individu yang divaksin masih berupaya untuk dilindungi daripada sebarang gejala teruk dan kematian.

 

Sumber: [1]