← Back to list

Apa Itu Vaksin Lengkap

Aug 22, 2021


Suntikan vaksin COVID-19 boleh melindungi diri seseorang dan orang sekelilingnya serta ia boleh menurunkan risiko pesakit COVID-19 ke tahap kategori serius iaitu kategori empat dan lima.

Kerajaan secara berperingkat telah mengumumkan kemudahan-kemudahan untuk individu yang telah lengkap divaksinasi.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GEGAR (@gegar.my)

Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan vaksin lengkap?

Menurut perkongsian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19, vaksin lengkap merangkumi dua jenis suntikan vaksin sama ada satu dos lengkap atau dua dos lengkap.

Berikut adalah perinciannya;

#1 - Vaksin COVID-19 Dua (2) Suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac)

Individu yang mendapat vaksin ini perlu melepasi 14 hari selepas diberikan suntikan dos kedua dan selepas hari ke-14, individu tersebut telah mendapat vaksin lengkap.

#2 - Vaksin COVID-19 Satu (1) Suntikan (CanSino dan Johnson & Johnson) 

Individu yang mendapat vaksin ini pula perlu melepasi 28 hari selepas menerima suntikan dan selepas hari ke-28, individu tersebut telah mendapat vaksin lengkap.

Pastikan anda memahami maksud vaksin lengkap dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan walaupun sudah lengkap divaksinasi.

Sumber: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)