← Back to list

Lebih 10 Juta Individu Dewasa Di Malaysia Dilaporkan Telah Selesai Vaksinasi

Aug 17, 2021


Setakat hujung minggu lalu, sebanyak 45.9% yang bersamaan lebih 10.73 juta individu dari golongan dewasa di Malaysia dilaporkan telah melengkapkan vaksinasi masing-masing.

lebih 10 juta individu dewasa di malaysia dilaporkan telah selesai vaksinasi

Sehubungan dengan itu, 72.9% atau lebih 17.07 juta individu dari golongan dewasa telah menerima suntikan pertama.

Berdasarkan data yang diperoleh dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sejumlah 415,875 dos suntikan harian diberikan pada 15 Ogos 2021.

Sementara itu, Selangor terus merekodkan jumlah pemberian dos kedua tertinggi dengan 71,724 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (42,165), Johor (34,759).

Sabah berada di tangga keempat dengan 23,351 diikuti lagi Pulau Pinang (14,400) dan Perak (13,674).

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negeri melebihi 27.81 juta.

Bagi jumlah populasi secara keseluruhan pula, 52.3% bersamaan 17.07 juta individu telah menerima satu dos suntikan dan 32.9% (10.73 juta) telah lengkapkan vaksinasi masing-masing.

 

Sumber: [1]