← Back to list

Beruk Positif COVID-19? Palsu lah!

Aug 05, 2021


Baru-baru ni viral di media sosial, gambar seekor beruk pakai gelang kuarantin Covid-19.

Macam-macam laa komen netizen ada yang kesian, ada juga yang buat bahan lawak.

Sebenarnya betul ke beruk ni positif Covid-19?

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dah sahkan, berita ni palsu!

beruk positif covid-19? palsu lah!

Maklumat tu tak munasabah sebab pihaknya belum pernah melakukan ujian calitan kepada haiwan setakat ini.

Dah boleh padam rasanya mesej palsu tu kat mana-mana media sosial.

Tak pasti, jangan kongsi tau!

 

Oleh: Izzati Amir