← Back to list

Hafeez Mikael Teruja Dapat Suntikan Vaksin Dari Wany Hasrita

Aug 03, 2021


Tiga hari lalu, pelakon dan juga penyanyi, Hafeez Mikail memuat naik video di IGstorynya yang menunjukkan beliau ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapatkan vaksin. Yang mengejutkan bila pemberi vaksin tersebut adalah rakan industri sendiri, Wany Hasrita. Turut kelihatan dalam video tersebut beliau ditemani seorang lagi rakan selebriti, Daiyan Trisha.

wany hasrita

Penyanyi yang mula popular dengan single Menahan Rindu, Wany Hasrita mengakui bahawa beliau merupakan salah seorang sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan turut menjadi petugas yang memberikan suntikan kepada penerima.

wany hasrita

Untuk makluman semua, Wany telah memulakan tugas sebagai sukarelawan di PPV bermula pada 11 Julai yang lalu. Beliau juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Sains dan Pengurusan (MSU).

wany hasrita

Meskipun kekok pada awalnya kerana sudah lama tidak mempraktikkan perkara tersebut, Wany menyifatkan kepercayaan dan peluang sedemikian sebagai satu penghargaan buat dirinya dalam membantu para petugas barisan hadapan untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

wany hasrita

Jelasnya lagi, beliau sudah memperbaharui lesen Pembantu Perubatan yang dimiliknya sebelum ini sekaligus menjadikan beliau bertauliah untuk melakukan proses suntikan vaksin tersebut.

Sumber: MOTIF VIRAL

Ehsan Gambar: Instagram @wanyhasrita