← Back to list

Semua Vaksin Berkesan Melawan Varian Delta - KJ

Jul 29, 2021


Semua jenis vaksin adalah baik dan berkesan dalam mencegah jangkitan varian Delta COVID-19.

semua vaksin berkesan melawan varian delta - kj

Perkara tersebut disahkan sendiri Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Jelasnya, baik AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac, kesemua vaksin tersebut telah terbukti keberkesanannya dalam melawan varian baru itu.

“Setakat kita tahu sekarang, vaksin Pfizer dan AstraZeneca, sudah pun menunjukkan, melalui penerbitan dalam jurnal kesihatan bahawa walaupun ada sedikit penurunan dari segi keberkesanannya terhadap varian Delta, ia masih lagi berkesan.

“Vaksin Sinovac telah pun kita terima maklumat daripada pengeluar sendiri yang mengatakan bahawa Sinovac juga memberi perlindungan yang baik terhadap varian Delta.

“Daripada liputan akhbar yang kita lihat, sebab sebahagian besar di Indonesia, barisan hadapan kesihatan mengambil Sinovac, di sini Pfizer.

“Walaupun berlaku sedikit kematian di sana tetapi jumlah yang terdedah kepada virus yang terpaksa masuk ICU dan meninggal dunia adalah kadar yang rendah,” katanya.

Justeru itu, beliau menyimpulkan bahawa mana-mana vaksin berupaya untuk melawan varian Delta yang dilihat sebagai salah satu varian yang berbahaya di dunia.

 

Sumber: [1]