← Back to list

Vaksin Sinovac Berkesan Setanding Pfizer – KP Kesihatan

Jul 20, 2021


Data menerusi kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine membuktikan vaksin COVID19 keluaran Sinovac mempunyai keberkesaan yang sama dengan Pfizer dalam melawan virus COVID19.

vaksin sinovac berkesan setanding pfizer – kp kesihatan

Perkongsian itu dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook rasmi beliau pada Selasa berhubung laporan pada 7 Julai lalu mengenai penggunaan vaksin Sinivac oleh negara Chile dari Feb hingga Mei lalu.

 

Data itu melihat kepada 4.2 juta individu yang lengkap di vaksin berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak divaksin.

"Sinovac didapati mengurangkan 65.9 peratus jangkitan COVID-19, mengurangkan kemasukan hospital (87.5 peratus), mengurangkan kemasukan ICU (90.3 peratus) dan mengurangkan kematian (86.3 peratus),” katanya.

 

Tambah beliau lagi, jurnal yang sama pada Disember 2020 melaporkan ujian Pfizer menunjukkan 95 peratus adalah sangat rendah dan menganalisa 170 kes COVID19 (8 divaksin dan 162 tidak divaksin).

Justeru, ia jelas menunjukkan Sinovac dan Pfizer tidak mempunyai banyak beza dan kedua-duanya berkesan dalam usaha mencegah jangkitan COVID19.

 

Sumber: Astro AWANI