← Back to list

Janji Temu Beberapa Penerima Vaksin AstraZeneca 15 & 16 Mei Dipinda

May 11, 2021


Susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan juga sebagai langkah berjaga-jaga, sejumlah janji temu pada 15 dan 16 Mei akan dipinda.

janji temu beberapa penerima vaksin astrazeneca 15 & 16 mei dipinda

Ia melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di World Trade Centre Kuala Lumpur, dan akan dimaklumkan penjadualan semula janji temu untuk penerima vaksin AstraZeneca ini.

 

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ia bertujuan untuk mengelakkan kesesakan pada dua hari tersebut kerana terdapat hampir 19,000 penerima vaksin pada tarikh berkenaan.

 

“Ia untuk elakkan kesesakan disebabkan kes meningkat. Bilangan yang kita ada sebanyak hampir 19,000 janji temu vaksin pada dua hari tersebut.

"Bilangan ini akan dikurangkan kepada 16,200. Sebanyak 2,800 janji temu yg akan dijadualkan semula kepada tarikh-tarikh lain bermula 17 Mei hingga 23 Mei ini,” katanya.

 

Menurutnya lagi, penjadualan semula itu akan dimaklumkan melalui pesanan ringkas dan juga aplikasi MySejahtera.

 

 

Dalam pada itu, Malaysia akan menerima 259,740 dos vaksin Pfizer secara berperingkat bermula pada 19 Mei sehingga 21 Mei ini dan lebih 600,000 vaksin AstraZeneca pada bulan ini serta bulan depan.

 

Sumber: Astro AWANI