← Back to list

Vaksin AstraZeneca Selamat Digunakan Untuk Warga Emas – KKM

Apr 26, 2021


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan vaksin AstraZeneca adalah selamat untuk digunakan.

vaksin astrazeneca selamat digunakan untuk warga emas – kkm

Ia selepas mengambil kira risiko pembekuan darah seperti yang berlaku dibeberapa negara, yang mana kes-kes seperti ini adalah amat jarang berlaku.

 

Vaksin AstraZeneca atau AZD1222 menunjukkan keberkesanan sehingga 63% dalam ujian klinikalnya sebelum ini.

vaksin astrazeneca selamat digunakan untuk warga emas – kkm

KKM juga telah merumuskan tiga asas menggunakan vaksin AstraZeneca ini iaitu:

  1. Mampu mengurangkan kemasukan ke hospital.
  2. Mampu mengurangkan kemasukan ke ICU.
  3. Mengurangkan risiko kematian akibat COVID-19.

 

Vaksin ini juga dilaporkan akan digunakan untuk warga emas berumur 60 tahun dan keatas, iaitu dalam fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

 

Sumber: KKM