← Back to list

Arab Saudi Benarkan Individu Telah Divaksin Tunai Umrah Ramadan Ini

Apr 06, 2021


Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah menyelesaikan persiapan bagi penerimaan bakal jemaah umrah yang telah disuntik vaksin pada bulan Ramadan akan datang.

Tambahnya lagi, persiapan itu turut merangkumi protokol kesihatan awam dan langkah pencegahan yang akan dikuatkuasakan di dua buah masjid suci, Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

arab saudi benarkan individu telah divaksin tunai umrah ramadan ini

Menurut laporan media tempatan, proses saringan akan lebih mudah dengan pembangunan aplikasi Tawakkalna bagi mereka yang telah lengkap menerima imunisasi dua dos vaksin COVID-19.

Jurucakapnya, Hani Hosni Haider mengesahkan badan itu bertanggungjawab dan akan memastikan kesemua kakitangannya untuk mendapatkan suntikan vaksin sebelum menjalani ibadah Umrah demi keselamatan semua pihak.

arab saudi benarkan individu telah divaksin tunai umrah ramadan ini

arab saudi benarkan individu telah divaksin tunai umrah ramadan ini

Malah, proses sanitasi juga akan dilakukan secara berkala di dua masjid suci bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga dan selamat.

Lebih 5,000 orang pekerja akan melakukan proses disinfeksi sehingga 10 kali sehari.

Semoga segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT.

Sumber: Astro Awani