← Back to list

Sebelum Terima Suntikan Vaksin, Wajib Beritahu Jika Sedang Alami Perkara Berikut

Apr 04, 2021


Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.

sebelum terima suntikan vaksin, wajib beritahu jika sedang alami perkara berikut

Sebelum menerima suntikan vaksin COVID-19, orang ramai perlu membuat pendaftaran menerusi beberapa saluran yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara percuma.

 

Setakat ini, vaksin COVID-19 adalah layak diberikan kepada semua penduduk di Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

sebelum terima suntikan vaksin, wajib beritahu jika sedang alami perkara berikut

Sebelum seseorang individu itu menerima suntikan vaksin COVID-19 khasnya jenis Comirnaty, adalah perlu untuk memaklumkan kepada petugas kesihatan jika anda:

 

• mempunyai sejarah alahan yang teruk;

• mengalami masalah pendarahan (bleeding disorder) seperti Haemophilia, Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) dan sebagainya;

• sedang dalam rawatan ubatan pencair darah;

• sedang mendapat rawatan yang merendahkan sistem imun badan;

• sedang mengandung atau merancang untuk hamil;

• sedang menyusukan bayi.

• sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 daripada jenis berbeza

 

Tambah lagi, individu juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar terlebih dahulu bagi menentukan kesesuaian menerima vaksin COVID-19.

 

Dapatkan maklumat lain berkenaan vaksin dan juga virus COVID-19 menerusi laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/ atau http://covid-19.moh.gov.my/