← Back to list

Suntikan Vaksin COVID-19 Di Bulan Ramadan Adalah Harus - Menteri Agama

Mar 24, 2021


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata bahawa suntikan vaksin COVID-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa.

suntikan vaksin covid-19 pada bulan ramadan adalah harus - menteri agama

Menurut beliau, perkara itu dua bulan lepas telah diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

"Untuk vaksin COVID-19, kita putuskan dalam majlis fatwa dan juga fatwa-fatwa lama (pernah menyentuh) kalau berkenaan dengan suntikan vaksin, tiada masalah ia dibolehkan.

"Jika kita lihat sekarang, seluruh dunia membenarkan (suntikan vaksin pada bulan Ramadan) dan terbaharu kita menerima pandangan daripada Mufti Besar Arab Saudi (Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh) yang menyatakan keharusan untuk bervaksin sekalipun pada bulan Ramadan dan tidak membatalkan puasa," katanya 

 

#FiqhRamadhanMuftiWP Memasukkan Sesuatu ke dalam Rongga 1. Menggunakan titisan seperti eye-mo di mata tidak...

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Saturday, July 5, 2014

 

Oleh itu, beliau turut berkata bahawa pandangan Mufti Besar Arab Saudi itu selaras dengan pandangan ahli fatwa di negara ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan "Lindung Diri, Lindung Semua" dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb lepas dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin itu.

Sumber: Awani