← Back to list

Ada Soalan Pasal Vaksinasi COVID-19? Boleh Tanya KJ di IG

Mar 24, 2021


Kecoh sana sini pasal vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan bulan lepas. 

Ada yang jelas dengan pelaksanaan program ni, ada juga yang masih tak faham sepenuhnya tentang program ni. 

Yang faham tu okay dah, tapi yang tak faham tu bahaya sikit, tak pasal-pasal tersebarkan berita palsu dekat orang lain. 

Tapi jangan risau, agak-agak kalau ada kemusykilan, orang ramai boleh tanyakan terus dengan penyelaras program vaksinasi ni sendiri tak lain tak bukan, Khairy Jamaluddin. 

ada soalan pasal vaksinasi covid-19? boleh tanya kj di ig
 

Nak tanya kat mana tuuu? 

Sekarang ni, pergi ke Instagram Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), lepas tu tanya soalan dekat IG Story, macam ni. 

ada soalan pasal vaksinasi covid-19? boleh tanya kj di ig

Haa senang kan? 

Diharapnya lepas ni terjawablah segala pertanyaan orang ramai tentang vaksinasi Covid-19. 

Kalau tak pun, rajin-rajinkan diri tengok sidang media yang yang selalu KJ dan Menteri Kesihatan buat petang-petang tu. 

Boleh tambah lagi ilmu pengetahuan! 

Yang penting, kalau tak pasti, jangan cipta atau kongsikan berita palsu, ingat tau!


Oleh: Izzati Amir