← Back to list

KKM Jelaskan Sebab Kena Ambil Dua Dos Vaksin Pfizer-BioNTech

Mar 17, 2021


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataannya mengambil maklum akan isu yang ditimbulkan berkaitan keperluan pengambilan dua dos vaksin COVID-19 jenama COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21016022AZ) keluaran Pfizer-BioNTech.

kkm jelaskan sebab kena ambil dua dos vaksin pfizer-biontech
 
Justeru, KKM menerangkan sebab dan keperluan dua dos vaksin COMIRNATY ini kepada penerimanya khususnya di Malaysia.
 
Menurut KKM, berdasarkan kajian klinikal fasa 3 yang telah dijalankan, tahap keberkesanan vaksin COMIRNATY dilaporkan 94.6% untuk dua dos dalam mencegah jangkitan SARS COV2 yang bergejala, dengan selang masa 21 hari.

kkm jelaskan sebab kena ambil dua dos vaksin pfizer-biontech
 
Berdasarkan pemerhatian dalam kajian klinikal tersebut, keberkesanan vaksin COMIRNATY ini telah ditunjukkan bermula hari ke-12 selepas pemberian dos pertama dan mencapai kira-kira 89% keberkesanan di antara hari ke-14 dan 21, iaitu pada masa dos kedua akan diberikan.
 
Maka, keberkesanan jangka panjang untuk pemberian satu dos vaksin COMIRNATY tidak diketahui kerana penerima vaksin dalam kajian klinikal tersebut menerima dua dos dengan selang masa antara 19 hingga 42 hari.
 
Justeru, KKM memaklumkan kelewatan untuk individu mendapatkan dos kedua jenis vaksin tersebut mungkin akan melambatkan penghasilan antibodi yang optimum.
 



Sumber: KKM