← Back to list

Daftar Jadi Sukarelawan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Mulai Hari Ini

Mar 16, 2021


Orang ramai yang ingin menjadi sukarelawan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kini boleh memohon menyertai inisiatif Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac).

daftar jadi sukarelawan program imunisasi covid-19 kebangsaan mulai hari ini
 
Pendaftaran yang dibuka bermula semalam menerusi laman sesawang www.myvac.com.my adalah bagi membantu petugas barisan hadapan dalam urusan penyampaian vaksin kepada penerima.

 
Antara syarat bagi sukarelawan tersebut adalah rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan juga sihat tubuh badan. Mereka boleh mendaftar satu daripada dua kategori yang ditawarkan iaitu sebagai sukarelawan am atau sukarelawan perubatan.

daftar jadi sukarelawan program imunisasi covid-19 kebangsaan mulai hari ini
 
Tambah lagi, sukarelawan boleh memilih lokasi dan masa mengikut kepada kelapangan masing-masing.
 
Latihan secara maya juga akan diberikan kepada sukarelawan yang memenuhi kriteria ditetapkan, sebelum mereka ditempatkan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) seluruh negara.

 
Namun bagi mereka yang tidak mempunyai kelapangan untuk menjadi sukarelawan boleh memainkan peranan penting dengan memanfaat dan menghebahkan maklumat dalam laman web www.vaksincovid.gov.my sebagai sumber rujukan yang tepat dan sahih, serta boleh dimuat turun untuk edaran.

 
Sumber: Astro Radio News / BH