← Back to list

Facebook Sekat Berita Palsu Dan Teori Konspirasi Anti-Vaksin

Mar 14, 2021


Laman sosial terkemuka dunia, Facebook nekad untuk melarang sebarang teori konspirasi dan juga berita tidak benar mengenai vaksin COVID-19.

facebook sekat berita palsu dan teori konspirasi anti-vaksin
 
Sebelum ini, laman Facebook hanya menyekat pengiklanan dari kumpulan anti-vaksin, yang bertujuan menakut-nakutkan orang ramai secara atas talian. Kini, syarikat terbabit akan menyekat kandungan berunsurkan anti-vaksin pada pengguna.
 
Berita itu muncul ketika UK sedang bersiap untuk melancarkan program vaksinasi terbesar dalam sejarah, memberikan puluhan juta dos kepada orang ramai termasuk gelandangan dinegara berkenaan.
 
Dalam catatan blog, Facebook mengesahkan bahawa pihaknya akan menghapus berita palsu mengenai vaksin.
 
Menurut syarikat media sosial itu, dakwaan palsu yang akan disekat adalah berkaitan dengan "keselamatan, keberkesanan, bahan atau kesan sampingan" vaksin.
 
"Ini adalah cara lain untuk menghapus informasi yang salah mengenai virus dan vaksin yang boleh menyebabkan ketakutan ramai.
 
"Sebagai contoh, kami akan menghapus tuntutan palsu bahawa vaksin COVID-19 mengandungi mikrocip, atau apa sahaja yang tidak ada dalam senarai ramuan vaksin rasmi," kata Kang-Xing Jin, Ketua Bahagian Kesihatan di Facebook.
 
Facebook juga berkata akan menghapuskan teori konspirasi yang jelas palsu pada semua aplikasi milik syarikat berkenaan, termasuk Instagram dan WhatsApp.
 
Namun, Facebook memberi amaran mungkin akan berlaku kelewatan untuk bertindak kerana sebarang sekatan memerlukan pengesahan daripada pakar.

 
Sumber: The Sun