← Back to list

AS Longgarkan SOP Khas Pada Rakyatnya Yang Sudah Divaksin

Mar 12, 2021


Berita baik buat penduduk di Amerika Syarikat (AS) yang sudah menerima suntikan lengkap vaksin COVID-19 kerana mereka dibenarkan untuk berkumpul dalam bangunan bersama-sama orang lain yang sudah divaksin tanpa perlu memakai pelitup muka.

as longgarkan sop khas pada rakyatnya yang sudah divaksin
 
Kelonggaran SOP itu dinyatakan dalam garis panduan terkini Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) negara itu, pada Isnin.
 
Menurut garis panduan terkini itu, mereka yang sudah menerima suntikan lengkap vaksin COVID-19 juga boleh melawat individu yang belum divaksin dari isi rumah yang berlainan, tanpa memakai pelitup muka dan tidak perlu mengamalkan penjarakan fizikal.

as longgarkan sop khas pada rakyatnya yang sudah divaksin
 
Namun kelonggaran itu hanya untuk bertemu individu yang yang belum divaksin dan tidak berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 serius.
 
Kelonggaran SOP itu dikeluarkan oleh CDC ketika negara itu dalam persediaan untuk membuka semula sekolah dan sektor perniagaan.
 
Sehingga kini juga lebih 59 juta penduduk AS atau kira-kira 23 peratus dari populasi dewasa negara itu sudah menerima suntikan satu dos atau lebih.
 
CDC dalam satu kenyataan juga mengesyorkan supaya individu yang sudah menerima suntikan vaksinasi untuk terus patuh pada SOP ketika bersama dengan individu dari isi rumah berlainan dalam bangunan yang sama.
 


Sumber: Metro UK