← Back to list

Sarawak Rancang Selesai Vaksinasi Menjelang Ogos

Mar 06, 2021


Kemudahan penjagaan kesihatan swasta di Sarawak bakal bergabung tenaga dengan kerajaan negara dalam melaksanakan program vaksinasi.

sarawak rancang selesai vaksinasi menjelang ogos

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Sarawak (SPMPS), Dr Liew Shan Fap.

Kongsinya, Sarawak menyasarkan untuk menyelesaikan vaksinasi menjelang Ogos 2021.

Tempoh terbabit merupakan enam bulan lebih awal berbanding dengan sasaran negara iaitu pada Februari 2022.

Lanjutnya lagi, demi mencapai matlamat tersebut, hospital swasta dan klinik pengamal perubatan am (GP) di negeri tersebut bersedia untuk disenaraikan sebagai sebahagian daripada pusat vaksinasi COVID-19 bagi Fasa 2 dan Fasa 3 dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Mengikut pelan asal Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Fasa 2 dijangka bermula pada April hingga Ogos 2021 melibatkan kumpulan warga umur berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi dan orang kurang upaya dengan sasaran keseluruhan sebanyak 9.4 juta orang.

Sementara itu, Fasa 3 pula dijangka bermula pada Mei 2021 hingga Februari 2022 bagi penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, baik warganegara mahupun bukan warganegara, dengan sasaran keseluruhan seramai lebih 13.7 juta orang.

 

Sumber: Astro Awani