← Back to list

Sebanyak 80, 336 Rakyat Malaysia Telah Menerima Dos Pertama Vaksin Covid-19

Mar 05, 2021


Menerusi kemas kini laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 4 Mac 2021, sebanyak 8-, 336 individu dilaporkan telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

sebanyak 80, 336 rakyat malaysia telah menerima dos pertama vaksin covid-19

Majoriti daripada jumlah terbabit adalah terdiri daripada petugas barisan hadapan yang merupakan sebahagian daripada penerima yang tergolong dalam Fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula pada 24 Februari lepas.

Dalam pada itu, menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, sebanyak 271 juta penduduk dunia telah menerima suntikan vaksin Covid-19.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 80.5 juta penduduk, diikuti China 52.5 juta, Kesatuan Eropah 35.6 juta dan United Kingdom 21.5 juta.

Sehubungan dengan itu, Malaysia kini berada di tangga ke-68 daripada jumlah keseluruhan negara yang terlibat dalam memberi suntikan vaksin Covid-19 terhadap penduduknya.

Selain itu, Datuk Seri Adham Baba juga menyeru rakyat Malaysia agar mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerusi aplikasi MySejahtera.

Sehingga kini, sebanyak 2.7 juta individu dikatakan telah mendaftar untuk program terbabit.

Sumber: Facebook KKM