← Back to list

Terkini, Angka Kematian Akibat COVID-19 Kini Cecah 8 Kes

Mar 21, 2020


Satu lagi kes kematian melibatkan warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh direkodkan dinegara ini.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes kelapan ini terjadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan selepas keadaan kesihatan mangsa merosot sebelum diberikan alat bantuan pernafasan. Mangsa meninggal dunia jam 4 petang, 21 Mac 2020.

terkini, angka kematian akibat covid-19 kini cecah 8 kes

Terdahulu, kes kematian ketujuh melibatkan seorang warganegara Malaysia berusia 57 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam serta kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Mangsa di masukkan ke wad pada 18 Mac dan meninggal pada 21 Mac.

Setakat artikel ini ditulis, angka kematian di Malaysia kini mencecah 8 kes, dimana perincian kes adalah seperti berikut:

  1. 17 Mac - Lelaki berusia 34 tahun di Hospital Permai, Johor (Kes-178)
  2. 17 Mac - Lelaki berusia 60 tahun di Hospital Umum Sarawak (Kes-358)
  3. 18 Mac - Ibu berusia 79 tahun di Borneo Medical Center. (Kes-1031)
  4. 20 Mac -  Lelaki berusia 58 tahun di Hospital Tawau, Sabah. (Kes ke-152)
  5. 21 Mac - Lelaki berusia 50 tahun di Hospital Melaka. (Kes ke-238)
  6. 21 Mac - Anak kepada mangsa Kes-1031, berusia 40 tahun di Hospital Umum Sarawak. (Kes-1032)
  7. 21 Mac - Lelaki berusia 57 tahun di Hospital Kuala Lumpur.
  8. 21 Mac - Lelaki berusia 69 tahun di Hospital Tumpat, Kelantan.

terkini, angka kematian akibat covid-19 kini cecah 8 kes

Salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Sumber: KKM


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi