← Back to list

Dua Lagi Mangsa Terbaru COVID-19, Jumlah Kematian Di Malaysia Cecah 6 Kes

Mar 21, 2020


Dua lagi kematian melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan berlaku di Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Malaysia kini sebanyak 6 kes.

Mangsa, Rakayah Drahman, 79 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi 18 Mac lalu manakala anaknya, Norhafizah Abdul Rahman, 40 tahun meninggal dunia pada jam 1.20 petang 21 Mac.

Manakala seorang lagi ahli keluarga ini masih memerlukan bantuan pernafasan mekanikal dan dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak.

dua lagi mangsa terbaru covid-19, jumlah kematian di malaysia cecah 6 kes

Terdahulu, kes kematian pertama di Sarawak dilaporkan berlaku pada 13 Mac lalu melibatkan seorang paderi berusia 60 tahun di sebuah gereja di Kuching.

Berikut adalah ringkasan kes kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia:

17 Mac - Lelaki berusia 34 tahun di Hospital Permai, Johor (Kes-178)

17 Mac - Lelaki berusia 60 tahun di Hospital Umum Sarawak (Kes-358)

18 Mac - Ibu berusia 79 tahun di Hospital Umum, Sarawak

20 Mac -  Lelaki berusia 58 tahun di Hospital Tawau, Sabah. (Kes ke-152)

21 Mac - Lelaki berusia 50 tahun di Hospital Melaka. (Kes ke-238)

21 Mac - Anak kepada mangsa kes kematian ke-3, berusia 40 tahun di Hospital Umum Sarawak.

Sumber: Awani / Metro


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi